comscore
Tumpuan :
Dunia

‘Lelaki Everest’ cipta rekod kali ke-29

Kami Rita Sherpa. – Foto Wikipedia

KATHMANDU: Seorang juru pandu Nepal memecahkan rekod sendiri dengan mendaki Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia untuk kali ke-29 semalam.

Kami Rita Sherpa mendaki puncak 8,849 meter menerusi laluan Southeast Ridge, yang dipelopori pendaki pertama, warga New Zealand Sir Edmund Hillary dan Sherpa Tenzing Norgay pada 1953.

Manakala seorang pendaki dari Britain, Kenton Cool, 50, turut mendaki gunung tertinggi itu untuk memperbaiki rekod pendakiannya sebanyak 18 pendakian, ujar Pengarah Jabatan Pelancongan Nepal, Rakesh Gurung.

Kedua-duanya dalam ekspedisi berasingan.

Juga dikenali sebagai “lelaki Everest,” Rita pertama kali mendaki gunung itu pada 1994, dan mendakinya dua kali dalam tempoh seminggu pada Mei tahun lalu.

Nepal, negara yang memiliki lapan daripada 10 puncak tertinggi dunia, dan aktiviti mendaki gunung adalah aktiviti pelancongan utama dan sumber pendapatan serta pekerjaan bagi negara kecil Himalaya itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini