comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelaki kena denda meluncur ombak bersama ular peliharaan

SYDNEY: Tindakan seorang pemuda dari Australia membawa bersama ular sawa peliharaannya ketika meluncur ombak di Gold Coast dikecam ramai.

Kisah itu mendapat perhatian selepas video kejadian tular di media sosial dengan pemuda berkenaan dilihat melilit ularnya di leher.

Akibat perbuatan itu, lelaki terbabit didenda 2,322 dolar Australia (kira-kira RM7,011).

Menurut pihak berkuasa, pemuda terbabit dikenakan hukuman itu atas kesalahan tidak memiliki permit untuk membawa reptilia berkenaan di khalayak ramai.

“Untuk membawa haiwan keluar di khalayak ramai atau dipamerkan, ia memerlukan permit berasingan.

“Walaupun ular haiwan berdarah sejuk dan boleh berenang, reptilia itu lazimnya mengelak daripada terkena air.

“Haiwan itu mendapati air (laut) sangat sejuk, dan satu-satunya ular yang sepatutnya berada di lautan adalah ular laut,” kata Jabatan Alam Sekitar dan Sains Queensland, pada Isnin, dalam satu kenyataan.

Reptilia itu makan burung, cicak dan mamalia kecil.

Loading...
Terkini