comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Lelaki labur lebih RM60,000 untuk ubah diri jadi anjing

TOCO membuat penampilan sulung di khalayak sebagai anjing collie. Foto : YouTube Toco.

TOKYO: Mengimpikan menjadi anjing sejak kecil, seorang lelaki Jepun membelanjakan lebih AS$14,000 (RM63,525) untuk menempah pakaian buatan khas, mengubah dirinya menjadi haiwan itu.

Lelaki itu menggelar dirinya Toco dalam saluran YouTube, berkongsi perjalanannya merealisasikan impiannya menjadi ‘haiwan’ dengan lebih 32,000 pelanggan saluran itu.

Dia menunjukkan diri baharunya dalam kostum haiwan itu sambil bermain di padang rumput dan berguling di lantai tak ubah seperti anjing.

Toco juga memuat naik video dirinya tampil dengan kostum anjing baka collie itu di khalayak ramai buat kali pertama.

Toco membelanjakan lebih AS$14,000 (RM63,525) untuk pakaian buatan khas untuk merealisasikan impian menjadi anjing. Foto Agensi

Video berkenaan mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 1.7 juta tontonan.

@buletintv3

Mengimpikan menjadi anjing sejak kecil, seorang lelaki Jepun membelanjakan lebih AS$14,000 (RM63,525) untuk menempah pakaian buatan khas, mengubah dirinya menjadi haiwan itu. #buletintv3 V3 #beritaditiktok iTiktok #jepun #toco #anjingviral

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Toco berkata, dia melengkapkan kostum itu dengan tali pinggang khas yang diikat pada perutnya yang berbulu, tetapi mengakui dia gugup dan takut untuk keluar di khalayak ramai.

“Awak ingat mimpi awak dari kecil? Awak mahu menjadi wira atau orang yang punyai kuasa ajaib.

“Saya masih ingat menulis dalam buku tamat pengajian sekolah rendah, saya mahu menjadi anjing dan berjalan di luar,” katanya menerusi klip itu.

Toco turut menjawab beberapa soalan dalam video yang disiarkan tahun lalu, mengakui dia sentiasa mempunyai impian ‘samar-samar’ untuk menjadi haiwan sejak masih kecil.

“Apabila saya memenuhi impian itu, beginilah keadaannya,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki itu berkata, dia menyembunyikan minatnya itu daripada pengetahuan keluarga dan rakannya.

“Saya jarang memberitahu orang terdekat kerana takut mereka akan menganggap saya pelik.

“Atas sebab itu saya selesa tidak menunjukkan diri sebenar saya di sebalik kostum ini,” katanya kepada portal Mirror.

Sementara itu, jurucakap syarikat yang mengeluarkan kostum collie milik Toco itu, Zeppet berkata, pihaknya mengambil masa 40 hari untuk mencipta kostum fesyen berbulu itu yang menelan belanja AS$14,161 (kira-kira RM64,255).

“Diinspirasikan dari anjing collie, ia menghasilkan semula anjing sebenar yang dapat berjalan dengan empat kaki,” katanya kepada news.com.au. – AGENSI

Loading...
Terkini