comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelaki Palestin terbunuh semasa serbuan tentera Israel di Tebing Barat

Foto: AFP

RAMALLAH: Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin di Tebing Barat yang diduduki hari ini, semasa serbuan tentera Israel sehingga mencetuskan rusuhan ganas, kata kementerian kesihatan Palestin.

Awal hari ini, tentera Israel menyerbu rumah seorang warga Palestin yang didakwa melakukan serangan rempuhan kereta di pusat pemeriksaan berhampiran bandar Modiin semalam, menyebabkan seorang tentera cedera parah.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditembak mati di lokasi serangan.

Semasa operasi di bandar Beit Duqu, barat laut Baitulmaqdis, tentera Israel dikatakan bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang melontar batu dan bom petrol.

Keganasan semakin meningkat di Tebing Barat, dengan serbuan dan pertempuran dengan tentera rejim Zionis hampir setiap hari.

Lebih 100 rakyat Palestin dari Tebing Barat telah dibunuh oleh tentera Israel tahun ini.

Rentetan serangan jalanan maut oleh rakyat Palestin telah membunuh 20 orang di wilayah diduduki Israel, serta empat anggota pasukan keselamatan Israel juga telah terbunuh tahun ini. – REUTERS

ENDS

Loading...
Terkini