comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelaki rampas bas, tembak dua penumpang akhirnya serah diri

RIO DE JANEIRO: Seorang lelaki yang menembak dua orang awam serta menjadikan kanak-kanak dan warga emas antara 17 tebusan di stesen bas utama Rio de Janeiro, Brazil akhirnya menyerah diri.

Menurut polis, kesemua tebusan selamat dibebaskan.

Terdahulu kejadian mencetuskan keadaan huru-hara di stesen berkenaan.

Ia memaksa penutupan terminal terbabit dengan kesemua orang awam dan pekerja diarah meninggalkan lokasi kejadian.

Polis dari unit elit operasi batalion khas bertindak berunding dengan suspek bagi pembebasan tebusan.

Mangsa cedera telah dikejarkan ke hospital, manakala identiti suspek atau motif sebenar tidak didedahkan polis. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini