comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelaki sanggup bergincu, memakai bindi, gelang merah untuk menduduki peperiksaan 

NEW DELHI: Seorang lelaki sanggup mengenakan gincu, memakai bindi dan gelang merah serta berpakaian wanita semata-mata mahu menyamar sebagai wanita untuk menduduki peperiksaan sebagai petugas kesihatan.

Kejadian berlaku di Universiti Sains Kesihatan Baba Farid, di Sekolah Awam DAV di Kotkapura, pada 7 Januari lalu.

Lelaki dikenali sebagai Angrez Singh dari Fazilka ditahan di Faridkot Punjab, ketika sedang menduduki peperiksaan.

Memetik laporan India Today, pentadbiran universiti, dengan bantuan alat biometrik, menangkap suspek yang memalsukan identiti dengan nombor kad Aadhar dan pengundi palsu.

Pentadbiran universiti kemudian membuat laporan kepada polis kerana mengesyaki kemungkinan pembabitan suspek dalam rangkaian yang lebih besar.

Ini susulan kes serupa yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Sains Kesihatan Baba Farid Dr Rajeev Sud, memberitahu India Today TV bahawa Angrez hadir untuk peperiksaan bagi pihak seorang gadis dikenali Paramjit Kaur iaitu penduduk Fazilka.

Lelaki itu kemudian ditahan polis dan borang calon sebenar juga ditolak oleh pihak pentadbiran.Kes itu sudah didaftarkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kami menerima aduan daripada Universiti Sains Kesihatan Baba Farid dan sedang menyiasat perkara itu.

“Kami akan mengambil tindakan sewajarnya selepas menyelesaikan siasatan kami,” kata polis Faroidkot Jasmeet Singh.–AGENSI

Loading...
Terkini