comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga

TEHRAN: Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Agensi Berita IRNA melaporkan bahawa lelaki berusia 30-an itu bertindak memasuki beberapa kediaman pada Sabtu sambil membawa senapang Kalashnikov, sebelum melepaskan tembakan ke arah keluarganya.

Menurut siasatan awal, kejadian dipercayai akibat pertengkaran.Polis kini sedang menjejaki suspek.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini