comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelaki tembak mati lapan orang dan cederakan 13 yang lain di Serbia ditahan

FOTO: REUTERS

ZAGREB: Polis Serbia menahan seorang lelaki bersenjata berusia 21 tahun pada pagi Jumaat selepas dia menembak mati lapan orang dan mencederakan 13 yang lain di Mladenovac pada petang Khamis.

Media Serbia berkata lelaki itu ditangkap polis berhampiran Kragujevac, 60 kilometer dari Mladenovac selepas melepaskan tembakan di beberapa kampung daripada kenderaan yang bergerak.

Kementerian Dalam Negeri Serbia menyifatkan pembunuhan beramai-ramai itu sebagai “tindakan keganasan”.

Mereka yang cedera dimasukkan ke hospital di Belgrade dan Smederevo.

Kejadian di Mladenovac itu berlaku kurang 48 jam selepas pelajar gred tujuh menembak mati sembilan orang dan mencederakan tujuh yang lain di sebuah sekolah di Belgrade sebelum menyerahkan diri.

Sepuluh tahun lepas, juga di Mladenovac, seorang lelaki berusia 60 tahun menembak mati 13 jirannya, enam lelaki, enam wanita dan seorang bayi, menurut laporan itu. – BERNAMA-HINA

Loading...
Terkini