comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelaki tertekan, terima tawaran nasi biryani & pekerjaan dari polis

NEW DELHI: Seorang lelaki di India membatalkan niatnya untuk terjun dari jambatan selepas polis membuat tawaran nasi biryani dan pekerjaan kepadanya.

Kejadian berlaku di sebuah kawasan di Kolkata, apabila polis terpaksa bertindak sedemikian untuk mengelak lelaki itu daripada membunuh diri.

Tindakan polis itu dipercayai ekoran lelaki terbabit berdepan dengan tekanan.

Insiden itu menyebabkan kekecohan di salah satu jalan paling sibuk di bandar terbabit sehingga mengganggu lalu lintas selama hampir setengah jam.

Drama berkenaan bermula kira-kira 2.30 petang apabila lelaki itu ditemani anak sulungnya memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba berhampiran jambatan, kononnya telefon bimbit hilang.

Lelaki itu meninggalkan anak perempuannya yang kebingungan, sebelum memanjat dan mengancam untuk terjun dari jambatan.

Operasi memujuk turut disertai polis tempatan, Kumpulan Pengurusan Bencana Polis (DMG) Kolkata dan bomba.

Loading...
Terkini