BEIRUT: Letupan disusuli kebakaran berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut di Lubnan.
Ledakan itu dipercayai didalangi Israel, ketika ketegangan terus memuncak antara rejim itu dengan pejuang Hizbullah.
Serangan itu dilancarkan beberapa minit selepas sebuah pesawat mendarat di lapangan terbang berkenaan.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Rejim Israel juga belum mengeluarkan sebarangan kenyataan berkenaan serangan itu.
Kejadian menyebabkan lokasi terbabit diselubungi kepulan asap hitam sekaligus mengganggu operasi penerbangan.
Ribuan penduduk di kota itu meninggalkan kediaman apabila Israel memberi amaran akan melancarkan lebih banyak serangan terutama di kawasan tumpuan ekonomi dan perniagaan Hizbullah.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.