comscore
Tumpuan :
Dunia

Letupan bom di pasar Azaz ragut 8 nyawa

AZAZ: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam letupan bom di Azaz, utara Syria.

Menurut Pemantau Hak Asasi Syria, tragedi turut mengakibatkan lebih 20 cedera.

Kejadian berlaku di sebuah pasar yang sibuk pada sebelah malam waktu tempatan.

Dalam satu kenyataan, White Helmets memaklumkan dua kanak-kanak dikenal pasti antara mangsa yang terkorban.

Letupan berkenaan turut menyebabkan kerosakan harta benda dan mencetuskan kebakaran.

Setakat ini, belum ada pihak tampil mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini