comscore
Tumpuan :
Dunia

Letupan di pasar terbesar Mogadishu ragut nyawa penduduk

FOTO: Reuters

SOMALIA: Seorang maut dalam letupan di pasar tumpuan orang ramai di Mogadishu.

Ia adalah letupan kedua berlaku di pasar terbesar di bandar itu dalam tempoh sebulan.

FOTO: Reuters

Letupan menyebabkan kebakaran besar dan peniaga terpaksa menanggung kerugian akibat kemusnahan harta benda.

Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Pihak berkuasa tempatan percaya, letupan berpunca daripada bahan peledak yang disembunyikan di pasar terbabit.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini