comscore
Tumpuan :
Dunia

Letupan di perhentian bas Baitulmaqdis, 12 cedera

FOTO: AFP

TEBING BARAT: Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam letupan di sebuah perhentian bas di pinggir bandar Baitulmaqdis.

Salah seorang anggota paramedik Yosef Haim Gabay memaklumkan, dua daripada mangsa mengalami kecederaan parah .

Polis Israel segera mengawal lokasi kejadian dan menjalankan siasatan sejurus selepas insiden berlaku.

FOTO: AFP

Punca letupan bagaimanapun tidak didedahkan.

Dalam insiden berasingan, seorang remaja Palestin berusia 16 tahun maut dibunuh tentera Israel.

Kejadian berlaku ketika serbuan tentera rejim di Nablus, Tebing Barat malam tadi.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Palestin, mangsa Ahmed Shehada maut ditembak di dada.

Serbuan sama turut menyaksikan empat lagi penduduk Palestin cedera

Tiada kenyataan awal berhubung kejadian dikeluarkan tentera Israel setakat ini. – AFP

Loading...
Terkini