Tumpuan :
Dunia

Letupan stesen minyak ragut 10 nyawa

YEMEN: Letupan di sebuah stesen minyak di Daerah Zahir, Wilayah Al-Bayda dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa.

Insiden turut mengakibatkan lebih 65 yang lain cedera.

Lapor media Crisis24, letupan menyebabkan kebakaran di stesen minyak dan gudang komersial berhampiran.

Insiden juga dijangka membawa kesan ke atas sistem pengangkutan dan premis perniagaan di kawasan berdekatan selain peningkatan kawalan keselamatan.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian tersebut.

Al-Bayda terletak kira-kira 79km (49 batu) di barat laut Mudiyah. – CRISIS24

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini