comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Letupan tangki simpanan bijirin di pelabuhan Turkiye, 10 cedera

Foto Reuters

KOCAELI:  Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam letupan tangki simpanan bijirin di sebuah pelabuhan di Turkiye.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 2.40 petang waktu tempatan itu sempat dirakam jurukamera amatur.

@buletintv3

Satu siasatan dilancarkan untuk mengenal pasti punca letupan silo berhampiran pelabuhan di Derince, barat Turkiye, semalam. Pemeriksaan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pemampatan gandum ketika pemindahan dari kapal ke silo. BuletinTV3 BeritaDiTiktok letupan silo turkiye

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Gabenor Kocaeli, Seddar Yavuz mengesahkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Siasatan awal mendapati, letupan berlaku ketika pemindahan gandum dilakukan dari sebuah kapal.

Dua daripada mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal. – REUTERS

Loading...
Terkini