comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Lima terbunuh, perlanggaran dua pesawat di Lapangan Terbang Haneda

TOKYO: Lima anak kapal penjaga pantai Jepun terbunuh selepas berlakunya perlanggaran antara pesawat tersebut dan pesawat Japan Airlines di Lapangan Terbang Haneda Tokyo, menurut laporan media tempatan.

Pesawat penjaga pantai itu dikhabarkan dalam perjalanan membawa barang bantuan ke kawasan yang terkena gempa bumi di Niigata selepas siri gempa bumi melanda Jepun pada petang Isnin.

Foto: Reuters

Sementara itu, semua 379 penumpang dan anak kapal pesawat Japan Airlines berjaya diselamatkan.

Laporan mengatakan bahawa pesawat itu baru tiba dari Lapangan Terbang Sapporo di pulau Hokkaido di utara Jepun.

Lapangan Terbang Haneda kini menutup semua landasan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini