comscore
Tumpuan :
Dunia

Lokasi helikopter Raisi terhempas ditemui, keadaan ‘tidak baik’

Helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dirakam ketika berlepas berhampiran sempadan Iran-Azerbaijan, sebelum dilaporkan terhempas. – Foto: Reuters

TEHRAN: Ketua Bulan Sabit Merah Iran hari ini berkata, helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, telah ditemui tetapi keadaannya ‘tidak baik’.

“Helikopter itu telah ditemui. Sekarang, kami bergerak ke arah helikopter,” kata ketua Bulan Sabit Merah, Pirhossein Koolivand, sambil menambah ‘keadaan tidak baik’.

Reuters pula melaporkan, seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui ‘terbakar sepenuhnya’.

Berita lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini