comscore
Tumpuan :
Dunia

Mahkamah Beijing jatuhi hukuman tertangguh kepada penulis blog

Penulis blog Australia, Yang Hengjun. FOTO: Reuters

CHINA: Mahkamah Beijing pada Isnin menjatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan kepada penulis blog Australia, Yang Hengjun.

Keputusan ini dikeluarkan selepas 5 tahun dia pertama kali ditahan di China dan tiga tahun selepas menjalani perbicaraan tertutup atas dakwaaan pengintipan.

Yang, penulis blog pro demokrasi warganegara Australian kelahiran China dan bekerja New York sebelum ini ditahan di lapangan terbang Guangzhou pada 2019.

Dia dituduh mengintip sebuah negara yang tidak didedahkan China dan maklumat lanjut mengenai kes itu masih belum dikenal pasti.

Menurut penganalisis politik, hukuman ke atas Yang bagaimanapun akan ditukar kepada penjara seumur hidup selepas dua tahun.

Hal itu dimaklumkan sendiri oleh ahli keluarga Yang di mahkamah.

Pendakwaan kes ini dianggap sebagai satu ketidakadilan ekoran pengakuan Yang direkodkan sebagai tidak bersalah.

Kerajaan Australia dalam pada itu digesa mendapatkan parol perubatan buat Yang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini