comscore
Tumpuan :
Dunia

Mahkamah Dunia perintah Israel hentikan genosid di Gaza

Foto: Reuters

THE HAGUE: Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, memerintahkan Israel mengambil langkah pencegahan dan berhenti mengapi-apikan genosid secara terang-terangan dalam peperangan di Gaza.

“Israel perlu mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah semua tindakan termaktub dalam skop Artikel II Konvensyen Genosid,” katanya.

Majoriti panel 17 hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam keputusan bersetuju mengambil langkah segera, merangkumi sebahagian besar daripada permintaan Afrika Selatan termasuk menghentikan tindakan ketenteraan Israel di Gaza.

Mahkamah juga memerintahkan Israel mengelak daripada melakukan sebarang tindakan termaktub di bawah konvensyen genosid, selain memastikan pasukannya tidak melakukan sebarang tindakan genosid di Gaza. – REUTERS

Loading...
Terkini