Tumpuan :
Dunia

Mahkamah Korea sekali lagi tolak permohonan lanjut tahan Presiden

FOTO: Reuters

SEOUL: Mahkamah Seoul sekali lagi menolak permintaan pendakwa raya untuk melanjutkan penahanan presiden Yoon Suk Yeol.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengekalkan keputusan sebelum ini untuk menolak permintaan itu, dengan ‘alasan sama’ seperti keputusan lalu.

Pasukan pendakwaan khas mengemukakan permohonan baharu kepada mahkamah untuk melanjutkan waran itu sehingga 6 Februari.

Bagaimanapun, ia ditolak mahkamah dengan menyatakan tidak melihat keperluan bagi pihak pendakwaan untuk ‘melengkapkan’ siasatan, diketuai agensi antirasuah itu.

Pejabat Siasatan Rasuah Pegawai Berpangkat Tinggi, (CIO) memindahkan kes itu kepada pihak pendakwaan awal minggu ini ekoran agensi itu tidak mempunyai mandat undang-undang untuk mendakwa seorang presiden.

Penolakan mahkamah itu meletakkan pendakwa raya dalam dilema untuk memutuskan sama ada akan mendakwanya sebelum tarikh pelepasan Suk-Yeol pada Isnin.

Besar kemungkinan presiden itu akan didakwa pada Ahad.

Agensi penguatkuasaan undang-undang sedang menyiasat Suk-Yeol atas dakwaan mendalangi pelaksanaan undang-undang tentera pada 3 Disember, yang mencetuskan krisis politik di negara itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini