comscore
Tumpuan :
Dunia

Majlis Hak Asasi Manusia PBB gesa henti peperangan, elak konflik serantau lebih besar

GENEVA: Isu hak asasi manusia menjadi agenda utama Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membuka sesi tetap ke-57 di Geneva, Switzerland.

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk berkata isu global sekarang adalah peperangan yang memberi kesan kepada generasi akan datang.

Beliau dalam ucapannya turut menegaskan bahawa peperangan memupuk kitaran kebencian yang berulang jika puncanya tidak ditangani.

Justeru menghentikan peperangan dan mengelakkan konflik serantau lebih besar adalah keutamaan yang sangat mendesak.

Peperangan di Gaza menjadi contoh paling jelas yang menyaksikan lebih 40,000 rakyat Palestin dibunuh tentera Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.

Malah penduduk Gaza sehingga kini bergelut demi kelangsungan hidup dengan serangan genosid rejim zionis masih berterusan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini