comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Majlis Keselamatan PBB perlu bertindak melangkaui perbincangan akhiri konflik di Gaza


GAZA: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa bertindak melangkaui perbincangan bagi mengakhiri konflik di Gaza.

Duta Perancis ke PBB, Nicolas de Riviere menegaskan perkara itu seiring keperluan menghentikan kekejaman berterusan rejim zionis.

Jelas de Riviere, operasi ketenteraan Israel mesti ditamatkan sepertimana perintah yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Perancis turut mengecam serangan terbaharu Israel ke atas Rafah yang meragut puluhan nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak.

Beliau menjelaskan sudah tiba masanya Majlis Keselamatan PBB menerima pakai resolusi baharu demi mencapai penyelesaian segera.

Ia juga mengambil maklum komitmen Perancis membina sebuah negara untuk rakyat Palestin. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini