comscore
Tumpuan :
Dunia

Malaysia, 12 negara lain diiktiraf sebagai rakan kongsi rasmi BRICS

Foto: BRICS News / X

KUALA LUMPUR: Malaysia telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 13 negara menjadi rakan kongsi rasa blok ekonomi BRICS.

Pengumuman itu dibuat menerusi kemaskini akaun BRICS di platform X yang memaparkan 13 negara rakan kongsi diterima ke dalam perikatan itu, walaupun belum menjadi ahli penuh.

Selain Malaysia, 12 negara lain yang turut disertakan ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

Pada 18 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS semasa perbincangan dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Manakala pada 28 Julai, Anwar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan permohonan kepada Rusia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS.

BRICS, yang pada asalnya dianggotai oleh Brazil, Rusia, India, dan China, telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai platform kerjasama bagi ekonomi sedang membangun, dengan Afrika Selatan menyertai pada tahun 2010.

Blok itu telah berkembang untuk merangkumi Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu.

BRICS mewakili kira-kira 40 peratus populasi global dan menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) terkumpul sebanyak AS$26.6 trilion, atau 26.2 peratus daripada KDNK dunia, hampir menyamai kekuatan ekonomi Kumpulan Tujuh (G7). (AS$1 = RM4.34).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini