comscore
Tumpuan :
Dunia

Malaysia kecam serangan Israel ke atas pekerja bantuan kemanusiaan di Rafah

Wisma Putra .- FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Malaysia dengan tegas mengutuk serangan oleh tentera rejim Israel (IOF) di Rafah semalam, yang secara terang-terangan menyerang dan mencederakan beberapa konvoi bantuan kemanusiaan dan sukarelawan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata petugas yang mengendalikan bantuan dari Malaysia melalui Op Ihsan adalah antara mereka yang tercedera itu.

Wisma Putra menyifatkan tindakan oleh rejim Israel itu mencerminkan kekejaman yang melampaui sebarang pemahaman atau justifikasi.

FOTO: Reuters

Katanya, ia tidak lagi mencukupi untuk mengutuk tindakan kezaliman ini secara berlapik.

Wisma Putra menyarankan bahawa sudah tiba masanya bagi masyarakat antarabangsa untuk bersatu dan menuntut agar Israel menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan ini dan bertanggungjawab ke atas jenayah mereka.

Ini selaras dakwaan Israel sebelum ini kononnya tindakan itu adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk pertahanan diri, sedangkan semua tindakannya sejak Oktober tahun lalu jelas menunjukkan sebaliknya.

Menurut Wisma Putra, sangat jelas bahawa Israel adalah pihak yang menyerang dan mengganas.

FOTO: Reuters

Menurut kenyataan itu lagi, di saat bantuan sangat diperlukan untuk sampai kepada rakyat Palestin, rejim Israel secara
berterusan mengenakan sekatan dan halangan untuk menyeksa golongan tua, rakyat yang kesakitan, wanita dan kanak-kanak.

Menurut Wisma Putra, ini adalah kali kedua bantuan di bawah Op Ihsan terganggu dan nyawa sukarelawan mereka dibahayakan tanpa sebab.

Serangan pertama berlaku pada 14 Mac lalu yang mengambil nyawa lapan orang Palestin dan mencederakan lebih daripada 20 orang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini