comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Mampukah ICJ perintah Israel henti serangan di Rafah? Keputusannya, hari ini

THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan hari ini, berhubung permintaan Afrika Selatan supaya mahkamah dunia itu memerintahkan pemberhentian serangan ketenteraan Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Minggu lalu, Afrika Selatan meminta ICJ memerintahkan pemberhentian serangan Israel ke atas Gaza khususnya di Rafah, dengan menekankan langkah itu perlu bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat Palestin.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague. – FOTO: Reuters

Permintaan untuk tindakan kecemasan itu adalah sebahagian daripada kes lebih besar dibawa ke mahkamah berkenaan oleh Afrika Selatan yang menuduh Israel melakukan genosid.

Namun menjelang keputusan ICJ itu, jurucakap kerajaan Israel di Baitulmaqdis dilaporkan mendakwa bahawa ‘tiada kuasa di dunia ini’ yang akan menghalang Israel daripada melindungi rakyatnya dan memburu Hamas di Gaza.

Keputusan ICJ sebelum ini telah diabaikan dan mahkamah itu tiada cara untuk menguatkuasakannya, namun ia membawa kesan antarabangsa. Sebarang keputusan yang tidak menyebelahi Israel berupaya menambah pemencilan politik terhadapnya.

Beberapa negara Eropah dilaporkan akan mengiktiraf negara Palestin, manakala Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengumumkan permohonan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, serta beberapa pemimpin Hamas. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini