Tumpuan :
Dunia

Mangsa tragedi tanah runtuh Pekalongan masih belum ditemui

ANTARA/HO-Humas Pemlab Pekalongan

INDONESIA: Seorang lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah masih belum ditemui selepas seminggu tragedi itu berlaku.

Pasukan Gabungan Mencari dan Menyelamatkan Pekalongan memberitahu sebanyak 25 mangsa tanah runtuh telah berjaya ditemui, namun seorang mangsa yang dikenali sebagai Teguh Imanto masih belum dapat ditemukan.

Operasi pencarian dilakukan di kawasan Pergunungan Petungkriyono dari Desa Kasimpar hingga Kayupuring pada Ahad.

Usaha pencarian turut tertumpu di sekitar Jambatan Sipingit kerana mangsa telah dihanyutkan arus sungai.

Namun demikian, sama ada proses pencarian akan dihentikan atau diteruskan, perkara tersebut akan dibincangkan dengan pasukan SAR dan Basarnas.

“Memasuki hari ketujuh, mengikut prosedur operasi standard, pencarian sepatutnya dihentikan. Walau bagaimanapun, kami akan berkomunikasi dengan keluarga mangsa,” katanya. – ANTARANEWS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini