comscore
Tumpuan :
Dunia

Marah kahwin lain, suri rumah simbah asid, sos cili kepada suami

JAKARTA: Seorang wanita di Sumatera Selatan di sini bertindak menyimbah asid dan sos cili terhadap suaminya kerana terlalu marah ekoran lelaki itu berkahwin dengan dengan wanita lain.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Muba, Susianto penahanan wanita dari Musi Banyuasin itu selepas empat minggu suspek melarikan diri.

Katanya, kejadian berlaku di kediaman pasangan itu di Kampung Babat, Babat Toman, Ahad lalu selepas wanita berkenaan mengetahui suaminya berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali menerusi media sosial.

“Suri rumah itu menyimbah asid sulfurik dan air sos cili ke badan suaminya.

“Daripada hasil pemeriksaan, suspek mengakui perbuatannya bermula apabila dia ternampak hantaran di laman sosial Facebook tentang gambar suaminya berkahwin dengan wanita lain,” katanya menerusi detikSumbagsel, semalam.

Katanya, atas perbuatannya itu, suspek ditangkap dan ditahan di penjara Babat Toman Muba.

“Suspek rasa dikhianati suaminya sebelum menyerang mangsa dengan bahan berkenaan yang disimpan dalam dua botol minuman mineral terpakai ke arah badan mangsa.

“Akibat kejadian itu, muka mangsa melepuh. Tangan kiri dan kanan, dada dan perut turut melecur.

“Disebabkan tidak menerima apa yang dilakukan isterinya, mangsa kemudian melaporkannya kepada Polis Babat Toman,” katanya.

Sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara 10 tahun kerana keganasan rumah tangga.–Agensi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini