comscore
Tumpuan :
Dunia

“Masih ada yang pertahan ‘penjenayah’ ini?” – Eric Cantona

FOTO: tfdo_ / Instagram

ANKARA: Legenda bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel dengan berkata: “Adakah masih ada yang mempertahankan penjenayah ini dan tidak menggelarkan tindakan itu sebagai “genosid”?

Laporan menerusi Agensi Anadolu memetik Cantona, 58, yang meluahkan pelbagai soalan bertalu-talu melalui satu hantaran di Instagram, “Adakah masih ada yang mempertahankan penjenayah ini? Adakah masih ada yang tidak akan mengutuk penjenayah ini? Adakah masih ada negara yang terus membekalkan senjata untuk penjenayah ini? Adakah masih ada yang tidak akan menyebut ini sebagai genosid? Adakah masih ada yang tidak akan menitiskan air mata menghadapi kekejaman sedemikian?”

FOTO: tfdo_ / Instagram

Serangan Israel ke atas Rafah pada Ahad, mengakibatkan sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin terkorban dan 250 lagi cedera, mendapat kecaman meluas daripada komuniti antarabangsa, termasuk menteri luar dari tiga negara Eropah, yang menekankan keperluan gencatan senjata kekal dan penyelesaian dua negara.

Israel telah membunuh lebih 36,000 rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.

Cantona yang terkenal menyokong Palestin, memiliki rekod permainan terbanyak untuk Manchester United pada 1992-1997.

Cantona mengakhiri karier bola sepaknya pada 1997 ketika berusia 30 tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini