comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabul

 

BANDAR SERI BEGAWAN: Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah sah menjadi suami kepada Dayang Anisha Rosnah Adam pada Majlis Istiadat Pernikahan Diraja yang berlangsung jam 215 petang di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

17 das tembakan meriam mengiringi lafaz nikah baginda di masjid berkubah emas di ibu negara Brunei itu.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.

Acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Mateen, 32, ialah anakanda kepada Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Pasangannya pula ialah cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

Loading...
Terkini