BEIRUT: Mayat pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah yang terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Beirut, telah ditemui.
Media antarabangsa yang memetik pergerakan itu melaporkan, mayatnya ditemui pada Sabtu lalu dan sudah dikafankan semalam.
Namun butiran majlis pengebumiannya masih belum didedahkan.
Perkembangan terbaharu pula menyaksikan 105 terbunuh dan hampir 360 lagi cedera dalam bedilan bertali arus dalam tempoh 24 jam Israel ke Lubnan.
Bedilan termasuk ke Pelabuhan Hodeidah dengan menyasarkan infrastruktur utama termasuk stesen janakuasa.
Israel dalam kenyataannya mendedahkan turut mendedahkan siri serangan terbaharu yang dilancarkan ke Lembah Bekaa.
Sasaran termasuk daerah Hermel yang menyaksikan 33 orang terbunuh.
Lokasi lain termasuk sebuah pangsapuri di daerah Kola.
Kementerian Kesihatan Lubnan turut mengesahkan serangan dalam tempoh dua hari lalu telah mengakibatkan 14 anggota paramedik terbunuh.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa