comscore
Tumpuan :
Dunia

Memandu dalam keadaan mabuk, Justin Timberlake didakwa

Timberlake ditahan memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu kerana tidak mematuhi papan tanda berhenti dan dua kali gagal berada di kanan jalan, tengah malam semalam. – FOTO: AGENSI

NEW YORK: Penyanyi popular Amerika Syarikat (AS), Justin Timberlake, 43, ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk di New York, lapor BBC.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Peguam Daerah Suffolk, bintang pop itu ditangkap dan didakwa secara rasmi, pagi semalam.

Timberlake ketika kejadian berada di Sag Harbour, perkampungan mewah di Hamptons iaitu antara destinasi musim panas popular untuk selebriti di Long Island.

Bagaimanapun, Pejabat Peguam Daerah Suffolk memaklumkan, Timberlake dibebaskan tanpa jaminan selepas didakwa secara rasmi.

Menurut dokumen pertuduhan, Timberlake sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu ditahan polis kerana tidak mematuhi papan tanda berhenti dan dua kali gagal berada di kanan jalan, tengah malam semalam.

Apabila dihalang oleh polis, mata Timberlake dilaporkan berwarna darah dan berkaca, berbau kuat minuman beralkohol daripada nafasnya, tidak dapat memberi perhatian, tidak stabil dan berprestasi buruk pada semua ujian ketenangan lapangan standard.

Turut dilaporkan, ucapannya perlahan dan menunjukkan prestasi buruk pada ujian ketenangan.

Timberlake dijadualkan hadir secara virtual bagi meneruskan perbicaraan di Mahkamah Sag Harbour pada 26 Julai depan.

Peguamnya, Edward Burke Jr memberitahu akan bersungguh-sungguh mempertahankan anak guamnya dan kini sedang mengadakan pertemuan dengan Pejabat Peguam Daerah.

Timberlake, 43, bersedia memulakan jelajah global album keenamnya iaitu Everything I Thought It Was.

Bekas anggota kumpulan NSYNC itu juga aktif sebagai pelakon, penulis lagu dan menjadi salah seorang artis terlaris di dunia.

Timberlake dijadualkan mengadakan dua pertunjukan di Chicago hujung minggu ini, diikuti dengan pertunjukan di Madison Square Garden New York pada Selasa depan.

Pemenang Grammy 10 kali itu juga terkenal dengan peranannya dalam filem The Social Network dan Friends With Benefits. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini