comscore
Tumpuan :
Dunia

Menteri Brazil dipecat atas dakwaan gangguan seksual

BRASILIA: Menteri Hak Asasi Manusia dan Kewarganegaraan Brazil, Silvio Almeida dipecat atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap wanita.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva memecat Almeida selepas mempertimbangkan perihal dakwaan yang mencetuskan kemarahan di negara itu.

Terdahulu sebuah pertubuhan berkaitan perjuangan wanita menerima beberapa aduan terhadap Almeida termasuk daripada Menteri Kesaksamaan Kaum, Anielle Franco.

Pertubuhan bukan kerajaan itu mengesahkan wujud laporan daripada mangsa dan wanita terlibat menerima sokongan psikologi dan perundangan.

Ia adalah kes pertama seumpamanya dalam pentadbiran Lula sejak pemimpin veteran berhaluan kiri itu kembali berkuasa pada tahun lalu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini