comscore
Tumpuan :
Dunia

Menteri Ekonomi Taiwan sahkan alat kelui tidak dihasilkan di Taiwan

Menteri Ekonomi Taiwan Kuo Jyh-huei.- FOTO: Reuters

TAIPEI: Menteri Ekonomi Taiwan Kuo Jyh-huei, mengesahkan bahawa komponen yang digunakan dalam ribuan alat kelui yang meletup di Lubnan awal minggu ini tidak dihasilkan di Taiwan.

Kerajaan Taiwan kini sedang menyiasat insiden terbabit dan pihak polis telah melakukan beberapa lawatan ke syarikat itu.

Usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden itu dan pada masa sama kerajaan mengambil langkah untuk memastikan keselamatan dan kredibiliti syarikat tempatan mereka.

Terdahulu, Presiden dan pengasas Gold Apollo, Hsu Ching-Kuan serta wakil tempatan untuk perjanjian dengan syarikat BAC, telah dipanggil oleh pendakwa raya untuk disoal siasat.

Kedua-dua mereka bagaimanapun telah dibebaskan.

Ching-Kuan dilaporkan enggan menjawab soalan wartawan ketika beliau meninggalkan salah satu pejabat Pendakwa Raya Taiwan.

Beberapa hari lalu, beliau dipetik berkata, syarikatnya tidak mengeluarkan peranti yang digunakan dalam serangan itu.

Sebaliknya katanya peranti itu dibuat oleh syarikat Bac yang berpangkalan di Budapest, yang diberi lesen untuk menggunakan jenamanya. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini