comscore
Tumpuan :
Dunia

Menteri Israel letak jawatan, beza pendapat dengan PM

Menteri kabinet perang Israel, Benny Gantz

BAITULMAQDIS: Menteri kabinet perang Israel, Benny Gantz mengumumkan peletakan jawatannya semalam tatkala penduduk meraikan serbuan yang menyaksikan empat tebusan diselamatkan di Gaza dengan ratusan penduduk Palestin terkorban.

Peletakan jawatan Gantz adalah isyarat baharu perbezaan pendapat dalam negeri berhubung pengendalian Perdana Menteri Benjamin Netanyahu terhadap perang yang sudah menjangkau lapan bulan dan tamparan politik besar pertama kepadanya ketika konflik.

Ia berlaku selepas pasukan khas bertempur dengan pejuang Palestin pada Sabtu di kawasan kem pelarian Nuseirat yang sesak di tengah Gaza ketika mereka menyerbu untuk membebaskan empat tawanan.

Tentera udara Israel turut melancarkan serangan yang menyebabkan bangunan berhampiran runtuh.

Kementerian kesihatan di wilayah kendalian Hamas berkata, 274 orang terbunuh dan 698 cedera yang disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai di Nuseirat iaitu angka tidak dapat disahkan secara bebas.

Antaranya, sekurang-kurangnya 64 kanak-kanak, 57 wanita dan 37 warga emas, kata kementerian itu.

“Orang ramai menjerit, muda dan tua, wanita dan lelaki.

“Semua orang mahu melarikan diri dari tempat itu, tetapi pengeboman itu sengit dan sesiapa yang bergerak berisiko terbunuh akibat pengeboman yang kuat dan tembakan,” kata penduduk Nuseirat, Muhannad Thabet, 35.

Empat tebusan yang diselamatkan itu diculik semasa festival muzik Nova ketika serangan Hamas di selatan Israel, pada 7 Oktober tahun lalu.

Peletakan jawatan Gantz dibuat selepas dia mengeluarkan kata dua kepada Netanyahu untuk membentangkan rancangan pascaperang untuk Gaza menjelang 8 Jun.

Netanyahu membalas dengan memberitahu Gantz ia bukan masa untuk meninggalkan pertempuran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini