comscore
Tumpuan :
Dunia

Menteri ketiga letak jawatan dalam kabinet Kishida

FOTO: REUTERSCONNECT

TOKYO: Menteri Dalam Negeri Jepun, Minoru Terada meletak jawatan selepas dikaitkan dengan beberapa skandal pendanaan.

Ini adalah peletakan jawatan menteri ketiga dalam kabinet Perdana Menteri, Fumio Kishida dalam tempoh kurang sebulan.

Terada mengemukakan surat peletakan jawatan selepas beberapa media tempatan melaporkan Perdana Menteri itu akan memecatnya.

Sebelum ini Terada dikaitkan dengan beberapa skandal pendanaan serta mengaku salah satu daripada kumpulan sokongannya telah mengemukakan dokumen yang didakwa ditandatangani individu yang telah meninggal dunia.

Kishida berkata, beliau menerima peletakan jawatan Terada bagi memberi tumpuan kepada perbahasan di Parlimen, termasuk perbincangan mengenai bajet tambahan kedua untuk tahun fiskal berakhir Mac.

Beliau juga akan melakukan permohonan maaf selepas tiga menteri kabinetnya meletak jawatan sejak 24 Oktober lalu.

Media tempatan melaporkan Kishida dijangka mencalonkan bekas Menteri Luar, Takeaki Matsumoto sebagai pengganti Terada.

Loading...
Terkini