comscore
Tumpuan :
Dunia

Menteri Luar China, Jepun bincang perkukuh hubungan dua hala

Foto: Reuters

BEIJING: Menteri Luar China Wang Yi menghubungi rakan sejawatnya dari Jepun, Takeshi Iwaya melalui telefon pada Rabu.

Iwaya menyatakan bahawa kabinet baharu Jepun bersedia meningkatkan hubungan strategik saling untung antara Jepun dengan China, serta komited untuk membina hubungan dua hala yang membina dan stabil.

Beliau berkata kerjasama antara Jepun dan China mempunyai potensi besar dalam pelbagai bidang. Jepun bersedia untuk meningkatkan komunikasi di semua peringkat dengan China, menyelesaikan isu melalui perundingan, selain membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Menurut Iwaya, dalam menghadapi situasi antarabangsa yang tidak stabil, kabinet baharu Jepun komited untuk mempromosikan diplomasi melalui dialog dan penyelarasan. Jepun juga bersedia bekerjasama dengan China untuk mempergiat kerjasama dan memberi sumbangan yang lebih besar demi mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau serta menghadapi cabaran global.

Sementara itu, Wang menghargai isyarat positif dari kabinet baharu Jepun dan Iwaya sejak memegang jawatan untuk memperkukuh hubungan kedua-dua negara.

Beliau menekankan bahawa China berharap Jepun akan mematuhi komitmen politiknya dalam isu Taiwan, berpegang teguh pada prinsip satu China, membina pandangan yang objektif, rasional, positif dan mesra terhadap China. Jepun juga diharap menjadikan konsensus “rakan kongsi dan tidak menimbulkan ancaman antara satu sama lain” menjadi tindakan praktikal.

–BERNAMA-CMG

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini