Tumpuan :
Dunia

Menteri Luar Iran beri amaran skala perang lebih besar, merebak luar Asia Barat

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi. – Foto REUTERS

TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi memberi amaran peperangan di Gaza dan Lubnan, yang dilakukan Israel boleh merebak melebihi wilayah Asia Barat.

“Dunia harus tahu bahawa jika peperangan berkembang, kesannya yang berbahaya tidak akan terhad kepada rantau Asia Barat sahaja.

“Ketidakamanan dan ketidakstabilan boleh merebak ke kawasan lain, bahkan lebih jauh,” kata Araghchi dalam ucapan yang disiarkan di televisyen l negara.

Musuh utama Iran, Israel sedang melakukan perang yang dahsyat di Semenanjung Gaza kononnya untuk menghapus kumpulan Palestin yang disokong Iran, Hamas sejak ia melancarkan serangan mengejut terhadap Israel pada Oktober 2023.

Israel kini sudah memindahkan fokusnya ke Lubnan, di mana mereka terbabit dalam pertempuran besar sejak September dengan Hizbullah, kumpulan Lubnan yang disokong kewangan dan ketenteraan oleh republik Islam itu.

Pada 26 Oktober, Israel melancarkan serangan udara ke atas tapak ketenteraan di Iran sebagai tindak balas terhadap serangan Iran pada 1 Oktober ke atas Israel, ekoran pembunuhan pemimpin yang disokong Iran dan seorang jeneral Pengawal Revolusi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini