Tumpuan :
Dunia

Menuju pentadbiran, kes manipulasi pilihan raya Trump gugur

FOTO: REUTERS

WASHINGTON: Peguam Khas Amerika Syarikat (AS) Jack Smith yang sebelum ini mendakwa bekas presiden Donald Trump atas kesalahan memanipulasi keputusan pilihan raya dan pengendalian dokumen sulit memohon untuk menggugurkan kedua-dua kes terhadap presiden dipilih itu.

Kes manipulasi keputusan pilihan raya digugur tanpa prejudis oleh Hakim Mahkamah Daerah AS, Tanya Chutkan di Washington, sementara kes dokumen sulit digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida.

Menurut Smith, kes memanipulasi keputusan pilihan raya perlu digugurkan sebelum Trump mengangkat sumpah jawatan, meskipun pendirian kerajaan mengenai asas pendakwaan tidak berubah.

Dalam pemfailan mahkamah pada Isnin, Smith menyatakan langkah itu berdasar keperluan Perlembagaan yang memerlukan kes itu digugurkan sebelum defendan mengangkat sumpah jawatan.

Tambah Smith, bagaimanapun pendirian kerajaan mengenai asas pendakwaan terhadap defendan tidak berubah.

Pendakwaan terhadap Trump berhubung usahanya membatal kekalahannya dalam pilihan raya 2020, dan dakwaan pemilikan dokumen pertahanan negara secara tidak sah selepas meninggalkan White House disifatkan satu keadaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah AS.

Trump sebelum ini berikrar untuk memecat Smith sekembalinya ke White House.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini