comscore
Tumpuan :
Dunia

Meta lancar perkhidmatan berbayar untuk Facebook dan Instagram

Foto AFP

WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa pihaknya akan mula melancarkan perkhidmatan langganan berbayar untuk platform Facebook dan Instagram yang membolehkan pengguna mengesahkan akaun mereka.

Meta Verified akan melancarkan perkhidmatan itu kepada pengguna di New Zealand dan Australia akhir minggu ini, lapor United Press International memetik kenyataan syarikat itu.

“Kami mahu memudahkan orang rama terutamanya pencipta kandungan untuk memberi tumpuan kepada membina komuniti mereka di Instagram atau Facebook,” menurut kenyataan itu.

Perkhidmatan langganan yang menyasarkan pencipta kandungan itu berharga AS$11.99 di laman sesawang dan AS$14.99 untuk pengguna iOS dan Android. Pengguna akan menerima verification badge sama seperti di Twitter Blue. Ia turut dilengkapi dengan akses kepada peningkatan keterlihatan dan jangkauan untuk pencipta kandungan, perlindungan daripada penyamaran dan perkhidmatan pelanggan.

“Untuk jangka panjang, kami mahu membina tawaran langganan yang bernilai kepada semua orang, termasuk pencipta kandungan, perniagaan dan komuniti kami secara amnya.

“Pengguna yang layak untuk perkhidmatan pengesahan itu mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, perlu membuat pengesahan dengan ID kerajaan dan memenuhi keperluan yang ditetapkan,” menurut Meta. – BERNAMA

Loading...
Terkini