comscore
Tumpuan :
Dunia

Meta rancang pemberhentian pekerja berskala besar minggu ini – WSJ

SAN FRANCISCO: Syarikat induk Facebook, Meta Platforms dikatakan bakal memulakan rancangan pemberhentian pekerja dalam skala yang besar, seawal minggu ini.

Menurut laporan Wall Street Journal, WSJ yang memetik sumber dalaman, pengumuman mengenainya dijangka dibuat pada hari Rabu.

Setakat ini, Meta enggan mengulas lanjut berhubung laporan yang dikeluarkan WSJ itu.

Jun lalu, syarikat media sosial itu mengurangkan pengambilan jurutera sekurang-kurangnya sebanyak 30%.

Selain Meta, beberapa syarikat teknologi termasuk Microsoft Corp, Twitter Inc. dan Snap Inc. melaksanakan pemberhentian dan mengurangkan pengambilan pekerja sejak beberapa bulan kebelakangan ini. – AFP

Loading...
Terkini