comscore
Tumpuan :
Dunia

Metaverse Berisiko Beri Ancaman Aktiviti Jenayah Siber Pada Skala Lebih Besar – Interpol

Foto: iPleaders

LONDON: Agensi polis global, Interpol, memberitahu ia sedang bersiap sedia menghadapi risiko persekitaran dalam talian, ‘metaverse’ yang membolehkan jenayah sedia ada berlaku pada skala lebih besar.

Ia selepas negara-negara anggota Interpol menimbulkan kebimbangan mengenai persiapan menghadapi kemungkinan jenayah metaverse.

Pengarah eksekutif Interpol bagi teknologi dan inovasi, Madan Oberoi berkata, sesetengah jenayah mungkin baharu dalam medium itu.

Tambahnya tindakan memancing data dan scam boleh beroperasi dengan berbeza apabila membabitkan realiti tambahan dan maya.

Malah, isu keselamatan dan kanak-kanak juga turut menjadi kebimbangan.

Awal bulan ini, agensi penguatkuasaan undang-undang Kesatuan Eropah (EU) Europol, dalam laporannya berkata, kumpulan pengganas mungkin pada masa hadapan menggunakan dunia maya untuk propaganda, merekrut dan latihan.

Metaverse menjadi kata kunci teknologi pada 2021, dengan syarikat dan pelabur bertaruh bahawa persekitaran dunia maya akan menjadi popular dan menandakan peringkat baharu dalam pembangunan internet.

Loading...
Terkini