comscore
Tumpuan :
Dunia

Mexico siap sedia hadapi letusan gunung berapi Popocatepetl

Foto : Reuters

BANDARAYA MEXICO: Kerajaan Mexico pada Isnin mengumumkan beberapa langkah pencegahan selepas gunung berapi Popocatepetl mula mengeluarkan asap dan abu pada hujung minggu.

Antara langkah pencegahan yang diumumkan itu, termasuk penyediaan tempat perlindungan dan penempatan tentera, anggota keselamatan awam dan pasukan yang akan menguruskan pemindahan penduduk apabila keadaan memerlukan.

Setakat ini, Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan mengeluarkan amaran peringkat kuning Fasa 3, lapor Agensi Anadolu.

Gunung berapi Popocatepetl terletak di sempadan negeri Mexico, Puebla dan Morelos.

Setakat Ahad, sebanyak 573 letusan gunung berapi Popocatepetl telah direkodkan, 70 peratus daripadanya letusan kecil.

Bagaimanapun, keadaan itu menyebabkan dua lapangan terbang antarabangsa di Mexico City membatalkan penerbangan untuk hari ketiga berturut-turut. Syarikat penerbangan seperti Aeromexico mengumumkan pembatalan 46 penerbangan pada Isnin.

Pihak berkuasa pendidikan turut mengumumkan beberapa sekolah di Puebla dan Tlaxcala ditutup.

Terdahulu, dalam satu sidang media, Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador, berkata Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Rakyat telah membentuk satu suruhanjaya untuk mengawasi kerja-kerja menyediakan tempat perlindungan dan laluan untuk membolehkan penduduk dapat dipindahakn dengan lancar. – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini