comscore
Tumpuan :
Dunia

Moderna Tolak Permintaan China Dedahkan Teknologi Vaksin COVID-19

Foto: AFP

LONDON: Moderna Inc enggan mendedahkan pembangunan teknologi vaksin COVID-19 dicipta negara itu kepada China.

Berdasarkan laporan Financial Times, keengganan Moderna Inc berbuat demikian menyebabkan kemerosotan rundingan bagi jualan vaksin COVID-19 keluaran syarikat itu di China.

Menurut Financial Times, syarikat farmaseutikal yang berpangkalan di Cambridge, Massachusetts itu menolak permintaan China untuk mendedahkan teknologi vaksin mRNAnya kepada negara itu atas faktor kebimbangan komersial dan keselamatan.

Financial Times memetik sumber yang terbabit dalam rundingan antara 2020 hingga 2021, sambil menambah bahawa pembuat vaksin itu masih berhasrat untuk menjual produk terbabit ke China.

Moderna Inc dilaporkan berputus asa terhadap usaha mereka sebelum ini bagi menembusi pasaran di China berikutan permintaan negara terbabit supaya syarikat itu mendedahkan teknologi berkenaan sebagai prasyarat penjualan.

Moderna Inc bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang komen ketika dihubungi pihak Reuters.

China sebelum ini tidak meluluskan sebarang vaksin COVID-19 dari negara luar sebaliknya hanya bergantung kepada beberapa jenama yang dibangunkan secara domestik.

September lalu, Ketua Pegawai Perubatan Moderna, Paul Burton berkata syarikat itu berminat untuk bekerjasama dengan China dalam membekalkan vaksin COVID-19 berasaskan mRNA ke negara berkenaan.

“Kami pastinya sangat teruja untuk bekerjasama dengan China jika mereka merasakan terdapat keperluan untuk bekalan vaksin di sana.

“Namun buat masa ini tiada perkembangan ke arah itu walaupun kami sangat terbuka mengenainya,” katanya pada sesi taklimat media Asia. – REUTERS

Loading...
Terkini