comscore
Tumpuan :
Dunia

Modi ucap tahniah atas pelantikan Shehbaz sebagai PM Pakistan 

Perdana Menteri India Narendra Modi (kiri).- Foto: Reuters

NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi pada Selasa mengucapkan tahniah kepada Shehbaz Sharif atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Pakistan.

Beberapa pemimpin dunia, termasuk Presiden Iran Ebrahim Raisi, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ke-24 Pakistan itu.

Shehbaz mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua pada Isnin di istana presiden di Islamabad.

Beliau memegang jawatan perdana menteri antara April 2022 dan Ogos 2023, menggantikan Imran Khan yang digulingkan dalam undi tidak percaya dua tahun lepas. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini