comscore
Tumpuan :
Dunia

Mohammad Mustafa PM baharu Palestin

TEBING BARAT: Presiden Palestin Mahmoud Abbas menamakan Mohammad Mustafa sebagai Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Agensi berita Palestin Wafa melaporkan, pelantikan Mustafa dibuat selepas tekanan meningkat bagi mereformasi pentadbiran wilayah Palestin yang diduduki selain memperbaiki tadbir urusnya di Tebing Barat.

Mustafa menggantikan bekas Perdana Menteri Mohammed Shttayeh yang bersama-sama kerajaannya, meletak jawatan pada Februari.

Mohammad Mustafa, salah seorang tokoh perniagaan terkemuka Palestin dan sekutu jauh Mahmoud Abbas ketika menyelia pembinaan semula Gaza di bawah pemerintahan Hamas.

Beliau juga pernah mengendali syarikat Telekomunikasi Palestin (Paltel), dan terbaharu Dana Pelaburan Palestin, (PIF) dengan hampir $1 bilion aset yang membiayai projek di seluruh wilayah itu.

Beliau juga sejak sedekad lalu terlibat mengetuai usaha pembinaan semula Gaza selepas perang terdahulu antara Israel dan Hamas.

Justeru, pemimpin Palestin memberi harapan beliau mampu menjadi tokoh penyatu bagi membina semula enklaf itu selepas hampir lima bulan dikuasai Israel.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini