comscore
Tumpuan :
Dunia

Montenegro sasar sertai EU menjelang 2028

MOSCOW: Montenegro berharap untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) sebagai negara anggota ke-28 menjelang tahun 2028, menurut Perdana Menteri negara itu Milojko Spajic pada Rabu, lapor Sputnik.

“Strategi kami adalah 28 menjelang tahun 2028,” kata Spajic kepada akhbar Financial Times, sambil menegaskan Montenegro “lebih bersedia” berbanding negara jirannya.

Menurut Perdana Menteri itu, Montenegro boleh menggantikan Britain yang bertindak keluar dari EU pada tahun 2020.

Spajic berkata Montenegro telah memperkenalkan pembaharuan kehakiman, meningkatkan gaji minimum, mengehadkan penggunaan wang tunai dalam transaksi besar dan juga berusaha ke arah menangani jenayah terancang.

Croatia menjadi negara anggota terbaharu menyertai EU pada tahun 2013 selepas menunggu selama 10 tahun.  –BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini