Amerika Syarikat menghantar 50,000 lagi dos vaksin kepada Republik Demokratik Congo dalam usaha mencegah penularan penyakit cacar monyet atau Mpox di negara itu.
Ia menyusul selepas 100,000 vaksin disumbangkan Kesatuan Eropah pada Ahad lalu, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang diterima Congo sebanyak 265,000.
Vaksin berkenaan dihasilkan daripada makmal Denmark, Bavarian Nordic.
Pusat Kawalan Penyakit Afrika melaporkan Congo sehingga kini mencatat lebih 700 kematian, manakala peningkatan kepada 21,500 kes dengan 62 peratus membabitkan kanak-kanak. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.