comscore
Tumpuan :
Dunia

‘Muka papan’ Netanyahu, nafi desakan rakyat adakan pilihan raya segera

FOTO: Reuters

TEL AVIV: Tidak sedar diri atau tidak tahu malu, meskipun didesak dan dinafikan rakyat, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menolak untuk mengadakan pilihan raya lebih awal.

Keadaan itu jelas dilihat dengan ribuan rakyat Israel berkumpul di Tel Aviv mengadakan protes anti-kerajaan.

Populariti Netanyahu menjunam teruk dalam tinjauan pendapat sejak tercetusnya perang yang dahsyat di Gaza 7 Oktober lalu, terutama berhubung kegagalan menyelesaikan isu tebusan Israel.

Protes anti-kerajaan terus menggegar Israel sepanjang 2023, namun reda seketika apabila konflik peperangan tercetus, namun kini kembali memuncak berikutan keganasan di wilayah itu berterusan dengan kesan buruk terhadap penduduk Israel dan Palestin.

Tunjuk perasaan kali ini di Tel Aviv adalah bagi menggesa pilihan raya baharu, yang tidak dijadualkan sehingga 2026.

Rata-rata penunjuk perasaan berpendapat kerajaan sedia ada sudah diberikan kesempatan, namun merosakkan segala-galanya.

Netanyahu, ketika ditanya sama ada akan mengadakan pilihan raya awal sebaik saja perang Gaza berakhir berkata, itu tidak menjadi keutamaan buat masa ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini