comscore
Tumpuan :
Dunia

Musk disaman bekas pekerja SpaceX

Foto: Reuters

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla dan SpaceX, Elon Musk disaman bekas pekerjanya atas dakwaan mengamalkan budaya seksis.

Pekerja yang dipecat oleh SpaceX itu memfailkan tuntutan di Mahkamah California di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Berdasarkan aduan, Musk bertindak memecat pekerjanya selepas menghantar surat terbuka yang memperincikan kebimbangan berhubung isu itu.

Pekerja terbabit juga menyeru Lembaga Firma Aeroangkasa Amerika Syarikat supaya menjauhkan diri daripada Musk susulan didakwa melakukan gurauan seksual dan mengugut penamatan kerja terhadap individu yang mencabarnya.

Peguam yang mewakili pengadu menggesa Musk bertanggungjawab atas perbuatan itu.

Bekas pekerja Musk turut memfailkan aduan kepada Lembaga Perhubungan Buruh Kebangsaan Amerika Syarikat bagi siasatan lanjut. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini