comscore
Tumpuan :
Dunia

 Myanmar lanjutkan sekatan COVID-19 hingga akhir Disember

FOTO : AFP

YANGON: Myanmar melanjutkan langkah pencegahan COVID-19 sehingga 31 Disember depan.

Kenyataan dikeluarkan itu oleh Jawatankuasa Pusat Pencegahan, Kawalan dan Rawatan COVID-19.

Menurut jawatankuasa berkenaan, tempoh lanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang akan tamat tempoh pada 30 November, lapor Xinhua.

Langkah lanjutan itu juga meliputi semua perintah, pengumuman, arahan yang dikeluarkan sebelum ini oleh organisasi kerajaan dan kementerian masing-masing untuk membendung pendemik itu.

Data yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan setakat semalam menunjukan, Myanmar merekodkan 633,217 jangkitan COVID-19 termasuk 19,488 kematian manakala 607,725 pesakit kembali pulih . – BERNAMA

Loading...
Terkini